Selasa, 7 September 2010

Iklan TV3 dengan Teo masuk surau mana satu hina Islam?

Nampaknya iklan raya TV3 yang dikiritik ramai akhirnya dihentikan kerana didapati campur adukkan raya orang Islam sama dengan ajaran agama lain.Pemimpin Umno diamkan diri kerana TV3 adalah produk kesayangan mereka. Tidak ada sebarang kecaman dan bantahan daripada Umno terhadap penyiaran iklan raya yang tidak bertanggungjawab itu. Pakat diam sebab kena atas batang hidung sendiri.

Pemimpin Umno termasuk PM Najib lebih seronok pertikai ahli parlimen Serdang Teo masuk surau kerana dikatakan langgar Majlis Fatwa Kebangsaan .Mana satu lagi berat kes orang bukan Islam masuk surau atau samakan raya orang Islam macam raya orang Kristian, Hindu dan Buddha?Mana Jakim, Tok Mufti, Jais , Mais dalam isu raya tv3 , awat diam?Awat tak kecam?

Bekaitan ;
Santa 'Pak Haji' tv3 diminta tak ulangi kesilapan?-Malaysiakini
Iklan kontroversi :Kesilapan tv3 jangan diulang-Harakahdaily

3 ulasan:

  1. Salam...
    JAKIM, TOK MUFTI, JAIS, MAIS sume pakat tutup mulut...xbrani nak tgur..takut priuk nasi kena tutup..kerja ni ibadah..pemimpin salah kna tegur..kalo syg pemimpin..xnak biar mereka dbakar api neraka ialah dgn cara menegur stiap ksalahan..depa nak trima ke xnak...tu blakang kira..yg penting tugas kt dah slesai...wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Satu penghinaan yang melampau secara terancang oleh TV3. Boleh siar sampai 3 hari lagi tu. Nampak sangat takde seorangpun kakitangan Islam yang bekerja di TV3. Bayangkan jika PR tidak wujud di Malaysia ni, pasti iklan ni akan berlanjutan selama sebulan. Harussani akan tegur? Mashitah akan tegur? Poodah...

    BalasPadam
  3. Bagi Mufti, JAKIM, JAIS, MAIS apa saja perbuatan kerajaan UMNO tidak bersalahan dengan Islam.. kerana 1Malaysia Boleh. semua ada.. ada Islam ada non Islam... ada ulama baik .. ada ulama jahat.. ada Kerajaan Islam... Ada Kerajaan kafir.. ada syurga ada neraka.. neraka tidak siapa.. ulamak ke dia.. PM ke dia... tapi bila mereka tentang Islam serta menyembunyikan kebenaran.. Neraka akan menelannya tanpa belas...

    BalasPadam