Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Datang Ya Ramadhan

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok hari dan bagi negara lain ada yang dah mula berpuasa pada hari ini. Puasa merupakan satu kewajipan dan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi bagi yang tiada uzur

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183- Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 185-(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan(permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza(antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, sesiapa di antara kamu yang hadir(di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan sesiapa sakit atau dalam perjalanan(lalu ia berbuka), maka(wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Dipetik daripada "Al-Quran dan Terjemahnya terbitan Pustaka Antara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan