Rabu, 12 Ogos 2009

Demontrasi tu halal- A. Samad Said

Sasterawan Negara, A.Samad Said bimbang dengan kata2 kerajaan Umno-Bn nak hapuskan PPSMI pada tahun 2012, yang mungkin tak jadi atau diganjak kepada tahun 2014. Dengan itu beliau mau mensyuarat bersama Gabungan Mansuhkan PPSMI untuk berdemontrasi lagi.
Kuat betul semangat Pak Samad dalam mempertahankan Bahasa Melayu yang sememangnya bahasa Kebangsaan itu di sisi perlembagaan. Termasuk dalam "7 Wasiat Raja-Raja Melayu"

"Kalau di tuntut (berdemo)dan diatas sebab2 yang munasabah dan luhur, apa salahnya?"-kata Pak Samad- malaysiakini

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demontrasi dan demontrasi tu halal"-malaysiakini

Lagi lambat dihapuskan PPSMI lagi banyak anak-anak Melayu terutamanya di luar bandar akan gagal dalam Matematik dan Sains.Memang Bahasa Inggeris itu bagus tak dinafikan tapi jangan korbankannya dengan diajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik

Umno yang sokong "7 Wasiat Raja2 Melayu" jika betul2 sayangkan anak bangsa Melayu yang tercicir kerana jadi celaru dengan mengInggeriskan Sains dan Matematik jangan tunggu pru-13 baru nak mula hentikan atau lajak-lajak sampai tak brek-brek PPSMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan