Rabu, 12 Ogos 2009

Permatang Pasir:Majoriti Pas Kekal atau Berkurang?

Dengan segala macam isu sensasi dalam Pakatan Rakyat, adakah undi kepada Pas akan berkurang , bertambah atau apa yang akan menimpa Pas di Permatang Pasir. Jika dulu Pas dapat majoriti 5443 undi kalahkan calon Umno-Bn, adakah majoriti itu akan susut macam di Manek Urai di mana Pas menang tipis dengan 65 undi sahaja.

Walaupun Dun Permatang Pasir dikira selamat untuk Pas menang kerana dah 3 penggal kuasai dun tersebut tapi dengan asakan Umno yang berterusan, Pas mesti kerja kuat untuk hadapi Umno yang sudah tentu berusaha untuk menang demi maruah PM Najib dan Satu Malaysia tajaan Najib yang nampaknya dah mula berjaya kelabukan rakyat dengan gula-gulanya itu.

Umno mau menang di Permatang Pasir kerana dah 6-0 Umno-bn kena dengan Pakatan Rakyat dalam prk di Semenanjung. Untuk jadikan 7-0 di Permatang Pasir rasanya tidak sukar tapi mainan politik Umno yang adu dombakan Isu Melayu adakah pengundi Dun Permatang Pasir akan termakan untuk beralih arah kepada Umno.

Pengundi ahli Pas dan penyokong Pas dijangka kekal tapi adakah pengundi Cina dan India di sekitar 25% lebih akan beralih arah kepada BN di Permatang Pasir. Adakah isu arak di Selangor dan isu Kg Buah Pala boleh jejaskan majoriti yang Pas dapat dalam pru-12 yang lalu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan