Ahad, 23 Ogos 2009

Permatang Pasir: "Tinggalkan Umno Dengan Syurga Politik Wangnya"- TGNA

Prk Permatang Pasir Selasa ini tetap meriah dengan kempen pihak Umno-Bn dan Pas tetap diteruskan di siang hari walaupun sekarang ini umat Islam sedang berpuasa. Calon Umno-BN , Rohaizat Othman, yang dilanda kontroversi kerana dibatalkan lesen guaman beliau oleh Majlis Peguam tetap terus berkempen untuk menang dengan menyeru para pengundi menyokong Bn demi Satu Malaysia . Pecapaian dan keutamaan penduduk Permatang Pasir yang dijadikan anak emas Kerajaan persekutuan jika menang terus digula-gulakan kepada pengundi untuk tarik minat pengundi sokong BN.

Tok Guru Nik Aziz , Murshidul Am Pas pula menyeru para pengundi Permatang Pasir terus memilih Pas dan menambah undi majoriti kepada 5000 lebih. Kata TGNA- "Tinggalkan Umno dengan Syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sedang laih dan kehilangan stamina mulai sekarang."- mStar online

"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan boleh jadi letih, tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?"-kata TGNA

"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi melainkan menangkan parti yang boleh membela maaruf dan kebaikkan: sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan."-TGNA- mStar online

Siapa yang akan menang hanya pengundi Permatang Pasir yang akan tentukan . Mungkin 'anak emas' yang dijanjikan BN kepada dun Permatang Pasir akan termakan umpan kali ini setelah gagal di Manek Urai? Ingatlah pengundi Manek Urai yang berpuasa jika anda memakan rasuah wang pada hari mengundi , bagaimana dengan puasa anda? Puasa bukan setakat tahan diri daripada lapar dan dahaga saja, malah lebih daripada itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan