Ahad, 30 Ogos 2009

Tazkirah Ramadhan: Puasa Dan Merdeka

Tema kemerdekaan tahun ini ialah 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. PM Najib dalam pembuka kata menyambut kemerdekaan berkata -" Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia . Salam Satu Malaysia merupakan salam baru versi PM Najib.

Berikut adalah sedutan tazkirah daripada Masjid Al- Falah ,Shah Alam yang menyentuh tentang puasa dan sambutan kemerdekaan oleh anak -anak muda zaman sekarang yang sempat dicatat oleh seorang Ustaz daripada TTDI Jaya, Shah Alam:

Firman Allah dalam Surah al-Baqrah ayat 183 yang bermaksud-" Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa."
Adakah kita semua sudah mencapai tahap takwa dalam madrasah Ramadhan yang muncul saban tahun? Jika perangai kita tetap sama tidak berubah apabila berada di luar Ramadhan bermakna kita tidak dapat mencapai tahap takwa yang diimpikan. Puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Tidak ada nilainya disisi Allah. Walaupun daripada segi fikh sah puasa dalam menjaga batas-batas puasa, tapi pahala puasa kosong tak dapat apa.

Tidak faham dengan ibadat yang dibuat. Manusia kena ada 'target ' apabila masuknya bulan Ramadhan seperti membaca Al-Quran, khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Sekiranya apabila habisnya Ramadhan kembali kepada perangai lama itu adalah tandanya puasa kita tidak diterima Allah.

Kenapa manusia memenuhi Masjid pada bulan puasa? Tidak lain tidak bukan kebanyakkannya mahu mendapatkan pahala sunat solat Tarawih semata-mata.Jika di luar Ramadhan masjid menjadi lengang, solat fardhu berjemaah hanya beberapa orang saja dan majlis ilmu yang diadakan tak sampai 10 orang sedangkan itulah yang dituntut malah solat fardhu itu wajib berjemaah. Amat malang sekiranya umat Islam beranggapan amalan yang sunat diutamakan dan yang amalan yang fardhu buat tak kisah dan dilalaikan. Fikiran sebegini adalan fikiran yang songsang. Amalan sunat hanya untuk menampung amalan fardhu yang kadang2 kita alpa dan lalai dalam mengerjakannya.

Malam ini Dataran Shah Alam penuh dengan anak-anak muda yang hendak menyambut kemerdekaan negara yang ke-52. Selepas Maghrib sudah ada yang mula melepak di situ untuk menunggu detik jam 12 malam untuk laungkan 'merdeka, merdeka, merdeka ' tanpa terlebih dahulu ke masjid yang berada beberapa meter saja untuk solat Isya berjemaah dan kerjakan solat sunat tarawih.Mereka mengutamakan sambut merdeka tanpa mementingkan tuntutan ibadat terlebih dahulu. Mereka bangga melaungkan 'merdeka ' tapi mereka tidak sedar undang-undang negara masih dikuasai penjajah British. Mereka bangga jadi anak merdeka tapi cara hidup mereka adalah cara hidup yang ditinggalkan penjajah.

Mereka menjadi anak muda yang merdeka, dengan bangga berani meneguk arak, berpelukkan menyambut merdeka, berzina di malam merdeka dan mereka melahirkan zuriat anak merdeka yang jadi anak luar nikah. Mereka mengibarkan jalur gemilang tanpa mengisi erti kemerdekaan dengan jiwa yang merdeka dan bebas daripada pengaruh penjajah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Wallah hu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan