Rabu, 12 Ogos 2009

Apa Kata TGNA Tentang Hina Islam Dan Isu Melayu

Apabila Murshidul Am Pas mengulas isu Dap yang dikatakan hina Islam begini kata TGNA-
"Dap kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam"- mStar Online

Hinaan orang Islam terhadap agama Islam dah acapkali didengar dah banyak kali diulas dah, jadi kalau nak sebut lagi nanti tak sedap pula. Siapa orang Islam yang hina agama sendiri? Sudah tentu Umno, ini memang realiti. MCA dan MIC pun rakan Umno tu turut hina Islam. Jadi jalan terbaik supaya Islam tak jadi bahan hinaan dan gurau senda oleh orang Islam sendiri dan bukan Islam Kerajaan pusat kena tegas dalam isu berkaitan Islam, begitu juga bagi pihak Pakatan rakyat sekali dua tersilap kira boleh tahan lagi tapi kalau buat2 silap atau sengaja itu dikira melampau.

Ada benda boleh berkira ada benda tak boleh berkira.

Berkaitan Anwar pengkhianat bangsa Melayu ini kata TGNA-"Kenapa nak serang batang tubuh orang.Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang."-mStar online

Bila TGNA kata pergi jahanam Umno, Najib minta TGNA kena jaga hati Umno jika nak kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.TGNA tak kata kat individu Umno pergi jahanam, tapi ramai orang Umno dan pengulas politik pro Umno kata tak patut TGNA kata begitu. Tapi bila pemimpin Umno kata kepada pemimpin Melayu yang bukan daripada gerombolan Umno sebagai pengkhianat bangsa Melayu itu tidak mengapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan