Ahad, 23 Ogos 2009

Tazkirah Ramadhan

Selepas solat Isya di Masjid ada majlis ilmu dalam bentuk tazkirah di masjid Al-Falah di Shah Alam disampaikan seorang ustaz yang menyentuh tentang penyakit selsema babi atau H1N1 . Berkata Ustaz itu-

"Masjid bukan hanya untuk dipenuhi pada bulan Ramadhan saja , kerana orang Islam yang berjiran dengan masjid bagi lelaki wajib solat berjemaah 5 waktu di masjid. Orang yang berpuasa di siang hari jika dihabiskan waktu dengan menonton siaran Tv dengan rancangan yang tidak bermanafaat pahala puasa turut berkurang mengikut jumlah jam yang dihabiskan dengan menonton rancangan hiburan yang melalaikan."

"Sehari jika seseorang menonton siaran TV yang tidak bermanafaat selama 2 jam sehari
kali 360 hari bermakna Umat Islam tidak berbuat apa-apa dalam setahun selama dua bulan."

"Umat Islam telah diperintah Allah menutup aurat sejak 1400 tahun dahulu tapi sekarang dengan adanya penyakit selsema babi kebanyakkan wanita memakai penutup muka untuk elak menularnya penyakit H1N1. Ini adalah bala Allah kerana ramainya manusia yang menghina dan mengejek orang yang memakai purdah. Sekarang orang lelaki pun turut memakai penutup muka. Ini adalah bala Allah."

"Orang Melayu saban tahun solat berjamaah di masjid pada bulan Ramadhan hanya 2 minggu pertama saja di masjid selepas itu masjid menjadi lengang dengan jamaah yang semakin kurang datang untuk kerjakan ibadat di masjid kerana sibuk dengan nak menyambut raya .

Wallah hu 'aklam

Ketua Wanita Umno, Shahrizat , menyeru supaya wanita yang dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah di Pahang meminta supaya wanita itu merayu supaya hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah itu dikaji semula .Mengapa Shahrizat pula yang lebih2 nak merayu sedangkan wanita itu dah bersetuju untuk disebat? Shahrizat hanya pentingkan hak2 asasi manusia ,kenapa nak masuk campur urusan Mahkamah Syariah?

1 ulasan:

  1. Bulan Puasa jaga mulut, mata dan telinga.

    BalasPadam