Khamis, 27 Ogos 2009

Bila Menteri Cakap Pasal Agama

Kartika Sari Dewi yang kena hukum sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Pahang telah timbulkan macam2 pendapat dikalangan Menteri2 Umno yang tidak ada latar belakang agama , bila bercakap nampak sangat macam tak reti atau sengaja bercakap bagi jadi payah , lebih mudah cakap tak ada mahkamah syariah lagi bagus tu sebenarnya niat mereka

Kata Shahrizat, Ketua Wanita Umno-"Kes ini dapat perhatian ramai dan banyak pihak termasuk saya sendiri melihat hukuman maksimum yang dijatuhkan adalah satu hukuman yang boleh dikatakan keterlaluan."-malaysiakini 25-8-09

PM Najib suruh Kartika tu buat rayuan, tapi si Kartika tu pula tak mau merayu tetap akur dengan keputusan mahkamah Syariah dan minta hukuman dijalankan.

Naib Presiden Umno pula , Hishamuddin Tun Husein kata hukuman sebat itu kena tangguh hingga ada tukang sebat Syariah-malaysiakini-25-08-09. Merdeka 52 tahun dah ...

Lebih baik dok diam jangan cakap apa pasal hukum Syariah, kalau tak reti pasal undang-undang Islam, kalau banyak bercakap nanti akan semakin nampak kejahilan dan atau nampak macam nak benci2 dengan Syariah Islam.Biar orang yang ada ilmu agama cakap. Malaysia dah merdeka 52 tahun dah rotan nak tibai minum arak pun tak tau lagu mana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan