Rabu, 12 Ogos 2009

Terimakasih Dr Hasan Ali


Kejutan Dr Hasan Ali, PJ Pas Selangor dan juga Exco Agama Negeri Selangor dalam hal yang berkaitan arak di Selangor haruslah dilihat dalam konteks yang positif. Sebelum ini beliau dilihat agak 'slow' dan berlembut dan ada orang Pas sendiri yang tak puas hati dengan sikap Hasan Ali itu. Isu arak ini telah mengejutkan orang Pas sendiri bahawa sikap berdiam diri, agak mengalah dalam apa jua hal dan ada orang Pas sendiri anggap Hasan Ali tu lemah, dah dipengaruhi Umno dan sebagainya tapi itu tidak benar belaka.
Dr Hasan dilihat ikhlas dalam membanteras isu arak dalam komuniti masyarakat Islam di Selangor, jadi tidak mungkin beliau ada agenda tersendiri atau kepentingan politik peribadi dalam isu arak ini.Beliau telah membuka mata orang Pas dan juga Umno bahawa isu arak ini Pas Selangor bukan main2 atau sekadar tengok saja tak buat apa2 bantahan. Isu arak ini juga menjadikan Pas Selangor lebih kedepan jika dibandingkan dengan Melayu Umno dan Melayu PKR di Selangor.
Orang Pas pun kadang2 jika diam dikata tak buat kerja, bila bangun tentang Arak di Selangor ada yang berbelah bagi ini tindakan politik atau ikhlas kerana dasar Pas yang sedia maklum Amar maa'ruf nahi mungkar! Kalau benda haram ni nak kira main politik apa lagi, nak kira apa dengan nama Beer ka arak ka , setitik masuk dalam mulut dah kira haram dah.
Kalau setakat nak ambik kira puak2 Umno yang suruh Pas keluar Pakatan itu aku tak setuju kerana Umno sentiasa mencemburui keberanian Pas yang tetap mempertahankan dasarnya walaupun dalam apa jua keadaan. Pas telah berjaya berdakwah kepada DAP bahawa dalam Islam jangan main-main dengan isu yang libatkan agama. Apa Umno kata kepada MIC dan MCA yang hina Islam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan