Jumaat, 7 Ogos 2009

Melayu jugalah senjata Umno


Sikap orang Umno yang jadi 'pak turut' atau 'pak yet' dengan apa saja pemimpin mereka cakap adalah contoh seperti gambar diatas-utusan online.

Muhyidin Yasin yang jadi pengugut bukan peragut kepada pengundi2 di Manek Urai yang lalu mengatakan Anwar Ibrahim adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu. Inilah saja modal Umno setiap kali terdesak dan tertekan dengan kelam kabut politik umno yang tiada kesudahan itu.

Bagi Umno jika mereka mengadakan demontrasi itulah adalah betul tapi jika libatkan rakyat yang menentang Umno itulah rakyat yang tak sopan dan tidak sesuai dengan budaya Melayu.

Umno dan pemimpin umno lah pengkhianat bangsa tapi pemimpin Umno sengaja pusing dan tukar tajuk yang jadi pengkhianat itu ialah orang yang tidak menyokong Umno.Bertan-tan hujah boleh ditulis dan diceritakan siapa pengkhianat bangsa, tapi itu semua skrip lama yang dikitar semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan