Ahad, 2 Ogos 2009

Melayu Umno yang jual hak melayu

Muhyidin tuduh Melayu pembangkang gadai hak Melayu, sanggup kompromi nak buang hak-hak Melayu.Hanya Umno yang pertahan hak Melayu. Macam nak termuntah aku dengar kenyataan Muhyidin Yasin tu.

Sapa yang jual Singapura kepada Lee kuan Yew kalau bukan Umno. Kalau Pas gadai Melayu boleh tebus balik, tapi kalau dah jual boleh tebus ka ? Inilah TPM yang suka cakap isu Melayu sebagai modal politik kotor umno dari dulu dan selamanya.

Umno juga yang diskriminasi kerajaan Kelantan yang 100% Melayu dan Islam. Mentekedarah hasil minyak bumi Melayu kelantan tanpa bagi satu sen royalti kepada kerajaan Kelantan.

Siapa yang buang hak Melayu untuk kontrak kerajaan 30% kalau bukan Umno? Umno takut hilang Kerajaan Persekutuan sebab takut hilang semua segala projek yang disapunya selama ini. Umno takut hilang kerajaan Persekutuan takut Melayu Umno jadi papa kedana itu yang sebenarnya Umno takut bukan takut hak Melayu hilang! Umno tuduh orang Melayu yang sokong Pakatan rakyat tak jaga Melayu, tapi Umno yang kuasai kerajaan persekutuan yang pelingkup bangsa sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan