Selasa, 1 September 2009

Talian Hayat SPR Selamatkan ADUN Kota Siputih

Suruhanjaya Pilihanraya telah buat keputusan yang menggembirakan Adun Kota Siputih dengan mengistiharkan Abu Hasan Sarif kekal sebagai adun yang sah untuk dun Kota Siputih walaupun tidak hadir mensyuarat dun Negeri Kedah sebanyak dua kali. Abu Hasan begitu gembira dengan keputusan SPR itu. Undang-undang Dun Kedah dengan jelas mengatakan Abu Hasan telah hilang kelayakkan sebagai adun kerana gagal hadir mensyuarat dun sebayak dua kali, tapi kuasa Speaker Kedah tidak dapat mengatasi kuasa SPR yang jauh lebih berkuasa atas sebarang kuasa yang melibatkan pilihanraya.

"Ya ini hadiah kepada saya, hadiah kepada bulan Ramadhan ini, bukan sahaja kepada saya tetapi buat semua penduduk kawasan saya."-kata Abu hasan-mstar Online.

"Hadiah kerana ia tidakmenyusahkan sesiapa, tidak perlu diadakan pilihanraya kecil. Kalau diadakan prk ia akan menyusahkan semua orang."-kata Abu hasan- mstar Online.

Adun tersebut yang tidak hadir mensyuarat dua kali tanpa kebenaran Speaker tentu tarik nafas lega , kalau diadakan prk nasib beliau belum tentu akan terjamin kekal sebagai wakil rakyat lagi. Aku merasa meluat dengan sesetengah adun , tak kiralah dari Pakatan Rakyat ataupun Umno-Bn sendiri seperti Adun Pelabuhan Kelang, Badrul hisyam (PKR) yang langsung tak jijak kaki dalam sidang Dun Negeri Selangor yang juga jadi bualan ramai di Selangor.

Adun-adun yang macam ini memang layak letak jawatan dan bagi peluang kepada muka baru untuk gantikan mereka yang liat dan tidak bertanggungjawab kepada rakyat kawasan yang mereka wakili. Mereka menjadi 'sampah' saja kepada rakyat di kawasan mereka.

Kegembiraan Adun Siputeh itu kerana mungkin masih laparkan wang rakyat yang disapunya setiap bulan tanpa memikirkan nasib rakyat di kawasan beliau.Tak payah la nak seronok walaupun dah 4 penggal jadi wakil rakyat Siputeh tapi hanya jadi 'hampas' saja yang tak ada gunanya. Abu hasan yang menang dengan majoriti 495 undi saja kalahkan calon Pas, Ismail wan Teh yang dapat 7665 undi mungkin kecut perut jika ada prk di dun Siputeh. Rakyat Siputeh mungkin akan 'ajar' Abu Hasan yang tak pedulikan nasib rakyat jika prk diadakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan