Sabtu, 12 September 2009

Siapa Pak Janggut?

Zulkifli Nordin ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu dalam blognya mengkritik sikap pemimpin Islam yang digelarnya 'Pak Janggut' kerana tidak sensitif dengan pandangan orang Melayu yang tak mau kuil wujud di Seksyen 23.

Zulkifli Nordin dilihat cuba membela penduduk Islam yang tak puas hati dengan isu kuil tersebut. Biasalah perbezaan pendapat dalam satu-satu isu yang timbul. Pendapat orang tak sama dengan apa yang kita fikirkan. Tapi, sapa dia yang dimaksudkan dengan 'Pak Janggut' dalam blog Zulkifli itu? Kenapa tak berani nak sebut nama? Adakah Zulkifli Nordin tau apa yang jadi dalam demo kepala lembu dan majlis dialog antara penduduk Seksyen 23 dengan pihak kerajaan negeri daripada A sampai Z?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan