Jumaat, 4 September 2009

PRK Lagi

Adun Bagan Pinang , Azman Mohd Nor (Umno) telah meninggal dunia hari ini kerana sakit jantung. Carta di atas adalah daripada malaysiakini. Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.
Umno yang belum reda daripada demam kekalahan dalam prk Permatang Pasir pada bulan lepas terpaksa mengharungi satu lagi pilihanraya kecil berikutan kematian adun Umno-BN di Bagan Pinang , Negeri Sembilan, cuma tunggu 'tiupan wisel' SPR saja untuk umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Dun Bagan Pinang.
Walaupun Umno adalah penyandang kerusi Dun Bagan Pinang tersebut, tapi saingan sengit daripada Pakatan rakyat akan membimbangkan Umno untuk hadapi prk di Bagan Pinang. Masih terlalu awal untuk dikatakan 8-0.
Tahun ini memang tahun pilihanraya, bersedialah semua parti politik untuk hadapinya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan