Sabtu, 5 September 2009

Isu Pindah Kuil: buruknya perangai dan biadabnya mereka









Sesi dialog antara penduduk Seksyen 23 , Shah Alam dengan pihak kerajaan negeri berlangsung dalam suasana yang panas dan amat memalukan bagi pencinta akhlak dan orang yang beragama Islam. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, MB Selangor, Tan Sri Khalid dan adun Batu Tiga, Rodziah Ismail mewakili kerajaan negeri untuk berdialog dengan penduduk Seksyen 23 yang rata-ratanya orang Melayu.


Aku bertanya kepada salah seorang yang hadir dalam majlis tersebut betulkah apa yang dilaporkan malaysiakini dan mStar Online tentang apa yang berlaku dalam majlis tersebut. Beliau mengaku , ya memang benar ! mereka mengeboo dan keluar kata-kata yang tak sepatutnya keluar daripada mulut orang Melayu yang Islam terhadap pemimpin kerajaan negeri.


Mereka hanya hormat dan taat pada pemimpin Umno saja , kepada orang lain hanya layak dikutuk dan dihina, tak layak dapat penghormatan dan bernada sopan.Buruknya perangai orang Melayu yang ngaku pejuang bangsa, tak reti nak bersopan dalam majlis untuk selesaikan masalah. Kata salah seorang yang hadir dalam majlis tersebut-"Itulah perangai orang Umno, tak beradab dan biadap, amat mentah dalam berbahasa, hanya orang yang tak beradab saja menyokong Umno."


Menteri Besar yang kena booo itu bukan MB untuk Pakatan Rakyat saja, tapi ia adalah MB untuk seluruh rakyat Selangor yang dapat perkenan Sultan Selangor. Ini orang Umno kena terima hakikat, takkan tu pun nak kena cakap.Aku ingat puak2 ni kalau depan Khir Toyo menggeletar ketakutan, minta untuk dikasihani atau sanggup jilat air liur Khir Toyo kerana sopannya mereka kepada pemimpin Umno. Inilah yang dikatakan bodoh tapi sombong pula untuk menerima pendapat dan penerangan yang diberikan. Perangai mereka lagi teruk daripada kepala lembu yang mereka heret dan pijak itu.

Bukan semua yang hadir dalam sesi dialog isu pindah kuil itu berperangai macam orang hilang akal dalam bulan puasa ini.Turut hadir ialah Ketua Penaja Umno Seksyen 23.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan