Jumaat, 18 September 2009

"KALAU DI JEPUN , DIA COMMIT HARAKIRI"- TUN MAHATHIR

Walaupun perwakilan MIC yang syorkan suruh gantung selipar di potret Tun dah minta maaf dan menyesal Mahathir terus menerus menyerang Samy Vellu supaya letak jawatan sebagai Presiden MIC. Kata Tun:

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri), kita tak lah suruh dia (Samy) commit harakiri."-bernama. Klik di sini untuk bacaan lanjut.

Kata Tun lagi kepada Samy Vellu:

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah."-bernama

"Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tak boleh tegur?"-bernama

Tun Mahathir juga berkata Samy Vellu tidak bagi arahan kepada kaum India supaya jangan bina kuil secara haram walaupun Samy vellu tahu ia salah disisi undang-undang.Semasa Pak Lah jadi PM dulu Tun Mahathir arahkan Pak Lah letak jawatan malah Tun pernah berkata beliau tersilap lantik Pak Lah jadi PM. Beliau juga tidak berminat dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah semasa berkuasa dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan