Selasa, 29 September 2009

Umno Parti 'Private Sapu'

Apabila parti-parti serpihan India ada hati nak 'joint' parti komponen Barisan Nasional, sudah tentu Umno-Bn akan tadah hamparan permaidani untuk parti-parti India tu sertai Umno-Bn yang agak kelemasan semasa pru-12 yang lalu kerana ramai pengundi India beralih arah sokong Pakatan Rakyat

Main dengan kalah teruk dalam pru yang lalu BN sudah tentu PM Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional tak akan fikir panjang untuk terima parti-parti orang India seperti Makkal Sakhti, Kimma dan IPF.

Parti baru kaum India, Makkal Sakhti yang baru ditubuhkan dan sudahpun diluluskan pendaftarannya dan akan dilancarkan 10 oktober akan datang dan dikatakan ada 50,000 ahli . mereka dilaporkan akan sertai parti komponen BN-utusan malaysia online

Semasa Pru -12 yang lalu Pas melalui Kelab Penyokong Pas telah berjaya tarik minat 20,000 orang bukan Islam untuk bersama parti Pas dan inilah yang dibimbangkan Umno kerana Pas telah berjaya tarik minat orang bukan Islam untuk sokong parti itu.

Jadi bila ada saja parti orang India nak sertai Umno-Bn dalam keadaan umno-Bn tengah teruk ni maka jadilah Umno-Bn macam 'Teksi Private Sapu' , janji mau naik dan bayar tambang sudahlah.
Sama la macam calon Umno di Bagan Pinang, Isa Samad , sebab dah tak ada pilihan lain yang boleh menangkan Umno maka 'disapunya' Isa Samad untuk menang di Bagan Pinang walaupun Isa samad tidak dipandang bersih kerana imejnya yang amalkan politik wang atau rasuah dalam pemilihan Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan