Selasa, 15 September 2009

Alhamdulillah 5 Tahanan ISA Dibebaskan


Malaysiakini melaporkan 5 tahanan ISA telah dibebaskan hari ini kerana didapati berkelakuan baik. Mereka terdiri daripada :
1-Mat Sah Mohammad Satray , suami kepada Norlaila Othman yang ditahan sejak tahun 2002.
2-Dr Abdullah Daud, bekas Pensyarah UTM yang ditahan sejak 3 januari 2002.
3-Mohd Nasir Ismail.
4-Mohd Kamil Mohd Hanafiah.
5-Mohd Amir Hanafiah.
Mat Sah yang dibebaskan , termasuk yang lain itu tentu merasa gembira kerana Syawal yang bakal menjelang dapat merayakan Aidilfitri bersama keluarga, isteri dan anak2 yang dirindui.
Sesungguhnya perjuangan rakyat melalui Gerakan Mansuhkan ISA telah berjaya bawa perubahan kepada UMNO-BN untuk faham erti kezaliman. Begitu juga dengan Pas melalui Tabung Mangsa ISA yang sedikit sebanyak berjaya mengurangkan kesengsaraan keluarga tahanan ISA melalui bantuan yang dihulurkan.
Aku berdoa semoga semua tahanan yang masih merengkok di Kem Kamunting dibebaskan. Terimakasih Menteri Dalam Negeri! Benda baik aku sokong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan