Jumaat, 11 September 2009

Khutbah Hasan Ali Di seksyen 24 Shah Alam

Dato' Hasan Ali hari ini sampaikan khutbah jumaat di Seksyen 24 Shah Alam. Beliau yang juga Exco Agama Islam Negeri Selangor menyampaikan khutbah yang menyentuh tentang 10 terakhir ramadhan dan konsep takwa dalam kehidupan manusia. Kata beliau;

Jadikan ramadhan ini ramadhan yang terakhir, jadi kerjakan amalan puasa ini dengan sebaik mungkin.Jadikan puasa ini puasa yang diterima Allah. Setiap minggu Khatib memperingatkan kepada para jamaah supaya bertaqwa kepada Allah, tapi berapa ramai yang jadi insan yang betul-betul bertaqwa kepada Allah.Berapa ramai orang yang berpuasa tahan lapar dan dahaga tapi tidak tunaikan solat 5 waktu. Dalam dunia ini umat Melayu begitu bersungguh-sungguh berpuasa tapi jadi liat untuk tunaikan solat 5 waktu.

Walaupun puasa sudah masuk hari ke 21 tapi masih ada umat Islam belum buka walaupun sehelai Al-Quran, pegang pun tak ada apatah lagi untuk membacanya. Salah satu amalan mulia di bulan yang penuh keberkatan ini adalah membaca Al-Quran. Masih ramai lagi anak-anak tidak tahu baca Quran, begitu juga dengan ibu-ibu dan ayah-ayah mereka yang buta Al-Quran, malah mereka tidak berusaha untuk mempelajarinya dengan bersungguh.

Beliau juga menyeru supaya kita menjadi pembantu kepada agama Allah dalam menegakkan hukum-hukum Allah diatas mukabumi ini.Berapa banyak langkah kita untuk membantu agama Allah setiap hari. Sudah tentu lebih banyak langkah kita untuk urusan dunia, untuk urusan keluarga dan anak-anak, pejabat dan rakan2 untuk kita bersembang.

Marilah kita berqiyamullail di masjid2 di sepuluh terakhir Ramadhan untuk mendapat keampunan Allah dan dijauhkan daripada azab api neraka Allah. Kemana perginya anak-anak muda kita dimalam-malam bulan Ramadhan? Mengapa mereka tidak ke Masjid untuk tunaikan solat berjamaah? Mengapa mereka jauh daripada masjid?

Wallah hu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan