Isnin, 14 Disember 2009

Siasat Setpol Pm -Sallahudin Ayob

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah profesional dalam menjalankan tugasnya, bahkan bertindak mengikut apa yang dilaporkan kepadanya termasuk laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mengenai dakwaan salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafei Abdullah. Ini kerana Parlimen Malaysia sendiri telah pun menerima usul yang dikemukakan Wee.

"Kita mengharapkan supaya SPRM sentiasa bertindak profesional dan dapat bertindak mengikut apa yang dilaporkan oleh pihak YB Wee Choo Keong dan usul beliau telah diterima oleh Parlimen, " kata anggota Jawatankuasa SPRN, Salahuddin Ayub.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden 2009 di Nilam Puri dekat sini semalam, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, pada hematnya apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju itu telah mendapat perhatian Parlimen Malaysia.

"Dan Parlimen telah pun bersetuju untuk menerima usul daripada beliau dan perkara itu akan dilaporkan kepada SPRM," katanya.

Wee dalam ucapannya di Parlimen semasa mengambil bahagian pada sesi perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bajet 2010 dan sekaligus membahas mengenai Maksud Bekalan 32, Butiran 01000 Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan dan 060000 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini berkata tugas-tugas setiausaha politik adalah untuk membantu Menteri, membantu Perdana Menteri, menjaga kepentingan politik kerana dipercayai mereka sibuk degan tugas masing-masing, sebab itulah diwujudkan jawatan itu.

"Oleh itu mereka ini tidak patut campurtangan dalam sebarang urusan pentadbiran apatah lagi menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai settiausaha politik dengan mengaut keuntungan peribadi, mengganggu pentadbiran kerajaan dan agensi termasuk DBKL.

"Dan apakah mengaut keuntungan ini untuk dia sendiri atau untuk Perdana Menteri ataupun Menteri?

"Seperti kacauganggu ataupun campurtangan Setiauasaha Politik Perdana Menteri, Mr Political Toll, dalam pentadbiran DBKL, halang pengurusan DBKL untuk ambil tindakan dan menguatkuasakan undang-undang di beberapa tempat seperti yang saya sebutkan sebelum ini," katanya.

Salahuddin mengulas ucapan tahniah diberikan kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju itu di atas pendedahannya mengenai dakwaan membabitkan salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri serta laporan kepada SPRM Wilayah Persekutuan yang dikemukakan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan