Sabtu, 19 Disember 2009

Jangan Hina Blogger Yang Tak Bergaji

Kepada blogger-blogger yang tak bergaji yang betul-betuk ikhlas tanpa mengharap satu sen pun daripada mana-mana pihak apabila dituduh sebagai blogger miskin apa perasaan anda jika dituduh sedemikian rupa.Blogger-blogger yang menulis bukan kerana nama seolah-olah bila membuka kesalahan dan kritikkan terhadap Pakatan Rakyat terutamanya apa yang berlaku dalam kepimpinan Pas ada yang dituduh makan suap dan diupah pihak tertentu untuk menghentam satu pihak lagi yang tak sealiran dengan mereka.

Ada pihak yang kata -"Blogger-blogger ni bukan ada duit, mereka miskin, jadi kalau tak ada duit bagi tau aku boleh tolong.". Tolong untuk apa? Tolong untuk sembunyikan kebenaran supaya memihak kepada mereka supaya menutup lubang-lubang yang dah bocor disebabkan kelakuan buruk sesetengah pemimpin Pas yang di dapati 'main silap mata' dalam Pas.

Apabila blogger bagi sokongan pada pimpinan Pas itu dipuji tapi bila ada blogger kritik pimpinan Pas mereka dianggap tukang fitnah dan jadi agen perosak parti.

Salah satu faktor kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat dalam pru-12 yang lalu disumbangkan oleh para blogger yang bertungkus lumus berkempen dalam media baru ini untuk Pakatan Rakyat dengan membuka segala keburukkan Umno-Bn semasa kempen pru berlangsung.

Apabila Pas terutamanya menang selesa dalam pru-12 yang lalu khidmat para blogger yang tak bergaji ini direndah-rendahkan dengan hinaan mereka miskin tak ada duit sebab tu cari jalan untuk hentam pimpinan Pas untuk dapat perhatian sesetengah pihak untuk dibayar khidmat mereka.

Jika pimpinan Pas buat salah adakah perlu disembunyikan di bawah karpet atau ditutup rapat-rapat agar tidak ada pihak mengetahuinya? Hanya yang baik-baik saja ditulis tentang Pas yang buruk jangan diketahui orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan