Jumaat, 11 Disember 2009

Isu Royalti: Siapalah Nazri

Kerajaan negeri akan menggunakan percaturan politik terlebih dahulu sebelum membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah meskipun dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

“Kalau Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah hak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?” soal Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bulan lalu Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa Kelantan tiada hak untuk mendapatkan royalti, sebaliknya boleh menerima wang ihsan.

Bagaimanapun baru-baru ini beliau mencabar Kelantan membawa isu itu ke mahkamah.

Husam berpendapat hujah di luar mahkamah akan memberi satu impak lebih besar yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menghukum tindakan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

“Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu,” kata Husam

Malaysian Insider di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan