Jumaat, 11 Disember 2009

Main Isu Agama Siapa Yang Untung?

Apabila Ahli Parlimen Taiping , Nga Kor Meng dikatakan mempertikaikan Dana Pembinaan Masjid dalam Parlimen oleh Kerajaan siapa yang akan untung dalam isu yang dicetuskan.Pemimpin Pakatan Rakyat jangan jerut tengkuk sendiri untukdikalahkan atau dihumban oleh para pengundi jika tidak cermat keluar kenyataan berkaitan Agama.

Isu Agama amat sensitif bagi semua penganut dan rakyat Malaysia.Soal agama mana dapat dana lebih dalam peruntukkan rumah ibadat perlu kajian dan jika benar seperti yang Nga kata satu kajian menyeluruh harus dibuat .Soal siapa benar dan siapa salah dalam keluar kenyataan berkaitan isu berbangkit harus diteliti sebelum buat kenyataan.

Kalau dok buka ruang supaya Umno-bn ambik kesempatan guna isu agama yangdicetuskan nak salah siapa kalau bukan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Pemimpin Pakatan Rakyat yang berlainan agama seharusnya lebih bijak daripada pemimpin Umno-Bn dalam becakap isu berkaitan agama. Kalau nada mereka sama dan saling salah menyalah antara satu sama lain itu baru sama dengan Umn0-bn, cuma cap berbeza perangai serupa.

Pakatan Rakyat terutama di Selangor telah menampakkan kelemahan pentadbiran dalam menangani Isu Kepala Lembu, MB , Exco dan Ahli Parlimen telah dimaki hamun dalam perjumpaan antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam gara-gara isu kepala lembu dan isu pindah kuil kerana terlalu berlembut dengan pihak terbabit dan tidak ada sokongan pihak berkuasa seperti polis dalam menangani isu tersebut hingga terpaksa dibawa ke mahkamah dalam isu demo kepala lembu. Begitu juga dalam isu tunjuk perasaan para penternak yang bawa berlori-lori binatang ternakan ke hadapan bangunan SUK untuk minta ganti rugi kerana ternakan mereka mati dibenam tanah runtuh. 51 tahun Umno-bn perintah Selangor mereka tidak berani berbuat demikian kepada Kerajaan Negeri.Mereka langsung tak hormat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah secara sah bukan diperolehi secara haram seperti di Perak oleh Umno-BN.

Ini yang patut pemimpin Pakatan Rakyat fikirkan untuk cari jalan mengatasi supaya isu-isu di atas tak berulang bukan dok main isu agama hingga dimanipulasi dan diambil kesempatan oleh Umno-Bn.

Baca juga Awas ! Jangan mainkan sentimen agama dan kaum-harakahdaily dan juga Kerajaan Beri Peruntukkan Untuk Pelbagai Rumah Ibadat- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan