Sabtu, 19 Disember 2009

Tun Mahathir Jadi Tukang Lapor Kerana Kecewa

Daripada apa yang ditulis Tun Mahathir dalam blog beliau menampakkkan kekecewaan Tun Mahathir terhadap media terutamanya media pro Umno kerana tidak melaporkan forum dan persidangan penting oleh para saintis Islam seluruh dunia dan Konvensyen 'Muslim Unity'.

Kata Tun Mahathir;

1. Minggu ini kita amat sibuk dengan persidangan. Pada hari Isnin 14 Disember, The International Muslim Academy of Science dibawah Organisation of Islamic Conference (OIC) telah bersidang di Shah Alam. Ramai saintis Islam dari seluruh dunia mengambil bahagian.

2. Pada 15-16 Disember satu konvensyen dianjur oleh Ramadhan Foundation United Kingdom dibantu oleh Perdana Leadership Foundation untuk membincang "Muslim Unity" (Perpaduan Islam). Ramai ulama dan imam-imam dari 20 negara Islam dan bukan Islam telah hadir.

3. Ulama-ulama ini terdiri daripada pelbagai mazhab termasuklah dari puak Sunni, Syiah, Wahabi. Terdapat juga wakil dari China dan Jepun.

4. Walaupun fahaman Islam mereka berbeza tetapi mereka menunjukkan persaudaraan Islam semasa bersidang dan di luar persidangan.

Tun Mahathir jadi tukang lapor berita kerana menganggap media tidak besar-besarkan dua persidangan penting itu. Kata Tun;

15. Laporan ini saya buat kerana tidak banyak "coverage" daripada media tempatan.
Baca penuh di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan