Sabtu, 19 Disember 2009

Di Mulut Benci Umno Dalam Hati Nak Memeluk Umno

Pas tidak bermusuh dengan UMNO

PUTRAJAYA- Pas sedia bekerjasama dengan UMNO untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

“Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

“Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

“Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

“Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan UMNO dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

“Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.

“Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

“UMNO tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja,” katanya.-Sinar Harian Online

Kata aku pula kita jangan jadi pemimpin yang suka cakap putar alam, dengan Umno pun boleh dengan Pakatan Rakyat pun boleh. Tak mau cakap tak mau, mau cakap mau. Hari ini kita cakap bersama Pakatan Rakyat esok kita cakap dengan Umno bukan musuh kita.

Cakap sesetengah pemimpin Pas berbelit-belit lebih bengkok daripada tayar basikal. Seolah-olah cakap depan wartawan macam pemimpin yang tak ada pendirian. Di mulut benci Umno dalam hati nak memeluk Umno. Di mulut kata tidak dalam hati kata ya.Pergi Jahaman dengan Umno itu kata Murshidul Am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan