Isu pembelian Tren tua atau besi buruk pada harga RM30 juta terus hangat dibahas di parlimen hari ini termasuk oleh wakil Bn sendiri,Ahli Parlimen Sri Gading ,Mohamaed Aziz dan Ahli Parlimen Kinabatangan , Bung Mokhtar.
Ahli Parlimen Sri Gading itu menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC) dan SPRM menyiasat sesiapa saja yang terlibat dengan pembelian empat unit Diesel Multiple Unit (DMU) pada harga RM30 juta .
"Pembelian DMU dari Sepanyol berharga RM30 juta tidak masuk akal kerana Argentina dan Costa Rica turut membelinya dengan kos RM10 juta.
"Jadi, PAC dan SPRM perlu menyiasat kes ini dan jika perlu pergi ke Sepanyol, Argentina dan Costa Rica untuk mendapatkan maklumat lanjut, kita galakkan.
"Ini penting kerana kita tidak mahu penyelewengan dilakukan orang tertentu...saya tidak tuduh sesiapa, tetapi siasatan perlu demi kepentingan negara dan jika ada yang menyeleweng, kita ada undang-undang (untuk diambil tindakan)," katanya (Sri Gading) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam.-Berita harian Online klik di sini
Bung Mokhtar pula berkata;
"Pembelian DMU itu menunjukkan seolah-olah nyawa rakyat Malaysia tidak berharga. Rakyat ingin tahu kenapa beli besi buruk dan apa jaminan tidak berlaku kejadian tidak diingini apabila keretapi itu digunakan kelak.
"Jadi, saya minta PAC menyiasat segera perkara ini kerana jika kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) boleh siasat, kenapa ini tidak boleh," katanya. Bung Moktar berkata, laporan hasil siasatan perlu dibentang kerana ia membabitkan kepentingan awam, malah pembelian DMU itu juga tidak dipersetujui Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
"Saya ingin tahu siapakah manusia yang paling berkuasa membuat keputusan pembelian itu...adakah menteri atau pegawai dan jika terbabit, mereka perlu diadili di mahkamah dengan segera kerana ia membabitkan kepentingan awam," katanya.
Sementara itu, ketidakhadiran Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, di Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan membabitkan kementeriannya, dikritik ramai Ahli Parlimen.
Mohamad ketika menyentuh perkara itu berkata, Ong sepatutnya mendengar sendiri isu dibangkitkan dan kegagalannya hadir menunjukkan beliau tidak bertanggungjawab.
"Kita faham, menteri dilantik Perdana Menteri tetapi jika menteri tak datang, tak buat kerja, tak tunjuk prestasi, tak jalankan tugas sebagai menteri, kenapa nak jadi menteri.
"Siapa dia sebenarnya...menteri ialah orang kanan yang bekerja dalam kerajaan bantu Perdana Menteri tetapi jika menteri tak datang Parlimen, hanya harapkan Timbalan Menteri saja, susahlah.
"Ini tak ada kaitan dengan MCA tetapi kes ini membabitkan menteri dengan Ahli Parlimen yang membangkitkan perkara berkaitan kepentingan negara dan kita mahu menteri menjawab dengan jujur," katanya.
Bung Moktar pula berkata, Ong tidak menghormati Dewan Rakyat dan menyarankan beliau meletak jawatan jika tidak berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.
"Isu DMU ini besar kerana babitkan nyawa tetapi dia (Ong) tidak datang, tak hormat Dewan...Timbalan Perdana Menteri panggil (untuk membincangkan isu MCA) pun, dia tak datang dengan alasan sakit perut tetapi boleh berada di Ipoh.
"Jika tak berminat bersama kerajaan, lebih baik undur diri sebab kita mahu menteri yang telus menjalankan tanggungjawab supaya tidak dipersoalkan rakyat.
"Saya juga nak tahu, adakah Kementerian Pengangkutan menipu rakyat, kerana pembelian DMU tidak menepati slogan rakyat didahulukan kerana mereka terdedah kepada keselamatan yang tidak terjamin," katanya.-Berita Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan