Ahad, 20 Disember 2009

Pemimpin Yang Porak-Porandakan Pas Lebih Baik Berundur

Harakahdaily melaporkan seperti berikut;

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.

Kata Tuan Presiden lagi

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.Baca di sini

Apakah krisis kepimpinan yang melanda Pas sehingga timbul isu Kerajaan Perpaduan dan isu Pas Selangor itu fitnah dan pembohongan belaka? Dalam isu Kerajaan Perpaduan contohnya telah menyebabkan Pas terbelah dua satu mahu UG dan satu mahu Pas terus bersama Pakatan Rakyat. Ahli dan penyokong bawahan Pas telah jadi hilang kepercayaan kepada pemimpin Pas yang mahu bersama Umno tapi itu dulu masa isu itu mula-mula timbul sekarang ni Wallah hu a'lam.Walaupun isu UG itu telah hilang namun parutnya tetap ada. 'Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata.'

Adakah dianggap fitnah bila ahli dan penyokong Pas melahirkan rasa tidak puas hati mereka dalam blog-blog mereka.Kesalahan jangan hanya dituding jari kepada penulis blog tetapi mereka (pemimpin) yang terlibat memulakan kacau-bilau dalam Pas itu yang patut dipertanggungjawabkan.Mereka jadi pemimpin yang baling batu sembunyi tangan. Mereka porak porandakan parti lepas itu mereka berdiam diri malah pemimpin jenis ini dah tak berani nak mengutuk Umno, nak berlawan dengan Umno, mereka jadi lemah disebabkan kerja buat tangan-tangan mereka sendiri.Mereka telah hanyut dengan sedikit kemewahan dunia sedangkan ahli bawahan tetap setia bersama Pas malah tetap lantang melawan Umno.Siapa pemimpin ini ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan