Ahad, 13 Disember 2009

Pemimpin Umno Takutkan Tun

Apabila Menteri Jabatan Perdana Menteri , Mohamad Nazri Aziz menghentam Tun Mahathir mantan Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno sebagai 'Bapa Perkauman' ramai orang Umno tak setuju dan tak sependapat dengan Nazri. Ada yang mengatakan Nazri jadi budak suruhan Najib dan Muhyidin untuk mengecam Tun Mahathir kerana PM Najib dan TPM Muhyidin tak berani nak berlawan cakap atau kutuk Tun.

Akhirnya Mohamad Nazri terpaksa mengalah dan tidak lagi akan berbuat demikian kepada Tun Mahathir mungkin atas nasihat PM Najib sendiri kepada Nazri. PM Najib tahu jika Nazri terus menyerang Tun Mahathir yang akan rugi adalah Umno sendiri kerana serangan balas Tun Mahathir akan menyebabkan PM Najib sendiri tak mampu menepisnya. Apa pemimpin Umno kata bila Tun sebut dalam blognya Umno dah busuk hingga ke ususnya. Kebanyakkan pemimpin Umno berdiam diri tak kata apa pun atas kenyataan Tun itu.


"Apa yang saya lakukan itu, jika yang akan terluka biarlah saya sendiri tetapi jika mungkin terluka itu Perdana Menteri, saya tidak sanggup untuk meneruskan perkara ini (membangkitkan hal berkaitan BTN dan Dr Mahathir)," kata Mohamad Nazri-Bernama

PM Najib yang dituduh terlibat dalam kes Altantuya walaupun tidak ada pendakwaan terhadapnya dan beliau mengambil sikap berdiam diri dalam kes Altantuya kini turut didedahkan media tentang penglibatan adiknya yang didakwa P. Balasubramaniam dalam media internet.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kompleks membeli-belah The Curve, Damansara - yang diatur oleh seorang ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan - selepas Balasubramaniam mendedahkan akuan awalnya di ibu pejabat PKR, 3 Julai tahun lalu.

Dalam wawancara yang diterbitkan di internet, Mohamed Nazim didakwa mengugut Balasubramaniam tentang keselamatan anggota-anggota keluarganya.Malaysiakini

Semua ini menjadi senjata Tun untuk serang balas jika pemimpin Umno terus menyerang beliau.Sebab itu pemimpin Umno bila dah terlajak menyerang Tun akan cepat-cepat tarik balik serangan terhadap Tun Mahathir.Salah satu sebab Pak Lah cepat-cepat angkat kaki daripada kerusi empuk Perdana Menteri adalah kerana kecaman Tun Mahathir terhadap Pak Lah. Pak Lah semasa jadi PM tidak sehaluan dasarnya dengan Tun, menyebabkan Tun kritik keras pentadbiran Pak Lah semasa jadi PM.

Beranikah PM Najib lantik Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaludin menjawat jawatan Menteri tanpa persetujuan Tun Mahathir yang diketahui umum amat tidak suka kepada Khairy?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan