Semalam Bekas Naib Presiden Pas, Mat Sabu berlepas ke Lebanon dan Syria untuk menghantar sumbangan wang rakyat Malaysia untuk diberikan kepada rakyat Palestine yang menderita akibat serangan ganas dan zalim tentera Israel yang membunuh umat Islam Palestine.
Mat Sabu yang sekarang dilantik sebagai AJK Pas Pusat dilihat agak aktif dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestine setelah tidak lagi bergelar Ahli Parlimen. Beliau juga begitu kerap bercakap isu rasuah yang menjadi amalan Umno-Bn dan juga turut mengkritik sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat supaya menjauhi rasuah terutamanya Pas. Dasar Pas yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan semestinya menjauhi rasuah kalau tidak masyarakat dan rakyat bukan Islam akan menjauhi Pas kerana menganggap Pas sama saja macam Umno.Mereka akan hilang kepercayaan yang diberikan kepada Pas selama ini.
Kata Mat Sabu- " Jika kita mengambil masa 52 tahun untuk tumbangkan Umno-Bn di beberapa negeri kerana kezaliman dan rasuah yang mereka lakukan, Pakatan Rakyat juga akan lebih cepat ditumbangkan tak sampai 10-15 tahun saja jika turut amalkan rasuah dan politik wang."
"Begitu juga jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan Kerajaan Pusat jika amalkan rasuah dan nepotisme sama macam Umno-BN kita akan ditumbangkan lebih cepat daripada masa yang diambil untuk jatuhkan kerajaan Umno-Bn."-Mat Sabu. Beliau turut memuji pentadbiran dan pendekatan yang diambil MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Mat Sabu juga yakin Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang akan kalah lebih teruk kerana rakyat dah mula merasa angin perubahan di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.
Tuan pi pereksa tengok Ketua Pemuda Pas Kelantan. Hebat kereta mewah. Cuma adun je kalu tak silap.
BalasPadamPi tengok pulak Nik Abdoh hebat juga kereta mewah tu ahli majlis Kota Bharu. Hebat2.
Dunia ana yang punya.
ZolSatibo