“Kalau Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah hak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?” soal Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bulan lalu Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa Kelantan tiada hak untuk mendapatkan royalti, sebaliknya boleh menerima wang ihsan.
Bagaimanapun baru-baru ini beliau mencabar Kelantan membawa isu itu ke mahkamah.
Husam berpendapat hujah di luar mahkamah akan memberi satu impak lebih besar yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menghukum tindakan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.
“Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu,” kata HusamMalaysian Insider di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan