Isnin, 28 Disember 2009

Juta dan Bilion Di ambang 2010

Minggu depan sekolah dah nak buka, bagi golongan miskin dan separuh miskin tentu dok pikir mana nak cari jalan nak cari duit lebih untuk persediaan anak-anak mereka yang akan kembali ke sekolah.Terimakasih juga la pada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang bagi beg sekolah percuma sebanyak 40,000 unit untuk anak-anak miskin di seluruh Selangor kembali ke sekolah. Sekurang-kurangnya kurang la sikit beban ibu-bapa yang buat persediaan untuk anank-anak mereka. Mana lagi yuran nak bayar , buku-buku latihan semua kena beli semua tu pakai duit.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan penyelewengan syarikat GLC Kerajaan melibatkan RM160 Juta. Banyak tu.Hari tu enjin jet hilang dua biji RM100 juta. Beli Tren buruk sebiji RM 30 juta. Tun Mahathir dituduh salahguna dana RM100 Bilion selama jadi PM 22 tahun. Pak Lah pula dituduh Tun Mahathir salahguna duit RM270 Bilion selama jadi PM 5 tahun. Inilah Malaysia diambang 2010.

Puluhan juta dan ratusan bilion diseleweng adalah perkara biasa di Malaysia tidak ada-apa yang akan berlaku . Rakyat lebih seronok sambut tahun baru masehi 2010 daripada ambil tahu penyelewengan dana oleh pemimpin Umno-Bn.

1 ulasan:

  1. salam..banyaknya penyelewengan yg berlaku..cam ne nak hentikan rasuah cam ni di peringkat grassroot..sdgkan di peringkat atasan pun xmenunjukkkan contoh tauladan terbaik..umpama pepatah melayu ada mengatakan guru kencing berdiri..anak murid kencing berlari...kalo perkara ini berterusan..bgaimana kita ingin melahirkan khairoh ummah yg mampu berdaya saing dan maju di era globalisasi masa kini..tepuk dada...tanyalah iman..wawahua'lam

    BalasPadam