Selasa, 15 Disember 2009

Isu Pas Selangor: Tuduhan Tak Semestinya Benar-Tuan Ibrahim

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau meminta agar pihaknya diberikan masa untuk membuat penelitian dengan terperinci berhubung perkara berkenaan.

"Saya harap jangan ada pihak yang buat apa-apa andaian lagi, bagilah kami ruang untuk teliti perkara ini dengan lebih mendalam.

"Jangan buat spekulasi berhubung siapa yang salah atau siapa yang betul, kita perlu buktikan dahulu dengan fakta.

"Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor berhubung dakwaan terbabit.

Beliau sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima surat jawapan daripada Hassan dan beberapa lagi pemimpin Pas Selangor.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, Jawatankuasa Disiplin PAS akan bermesyuarat pada 23 Disember depan bagi meneliti mengenai dokumen-dokumen berhubung siasatan berkenaan.

"Saya sendiri dah tengok dokumen-dokumen berkenaan, tapi kami ahli jawatankuasa perlu duduk bersama untuk meneliti secara khusus.

"Lagipun saya baru pulang menunaikan haji di Mekah dan ahli-ahli lain juga ada yang ke luar negara... sebab itu siasatan ini tertangguh sebentar," katanya.

Tambah beliau, keputusan sama ada perlu memanggil Hassan dan beberapa lagi pemimpin lain untuk memberikan penjelasan akan diputuskan pada mesyuarat berkenaan.

"Bergantung pada hasil mesyuarat kita nanti, kalau ada kes terhadap beliau, mungkin kita akan panggil untuk beri penjelasan," katanya.-mStar Online

Siapakah lagi yang anggotai Jawatankuasa Disiplin Pas itu.? Kenapa tak dilantik orang yang tak sibuk untuk uruskan masalah disiplin pemimpin Pas?Ustaz Hasan Shukri dan Pak Daeng Sanusi Daeng Mariok lebih sesuai untuk ketuai Jawatankuasa Disiplin Pas kerana mereka tak sesibuk pemimpin Pas yang lain untuk hukum mana--mana pemimpin Pas yang didapati cemarkan nama baik Pas di mata umum.

Mereka ini lebih layak dan lebih tegas malah tak ada kompromi dengan mana-mana pihak dalam Pas supaya yang salah tetap salah tak kira rakan baik 'forum perdana' atau sebagainya.Pas kena belajar dengan MCA dalam hal ini mereka lebih bermaruah walaupun parti itu diambang kehancuran.

1 ulasan:

  1. macam mana pengerusi jk disiplin boleh keluar komen "Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar". spekulasi!

    letak jawatan lagi baik ustaz!

    BalasPadam