Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein berkata ada antara penulis blog menulis tanpa mengikut peraturan dan etika kewartawanan untuk meraih populariti berbanding wartawan tempatan yang berpegang kepada etika penulisan yang betul.
"Kita ada etika dan mereka tidak ada dan tidak mengamalkan etika kewartawanan. Inilah yang membezakan kita dengan mereka," katanya pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 di sini Isnin malam.
Hishamuddin berkata wartawan di negara ini tidak perlu bimbang kerana selagi laporan yang dibuat berpegang kepada etika kewartawanan, ia akan diterima baik oleh masyarakat.-Bernama di sini
Agak-agak penulis blog yang memuji Umno-Bn itu memang ada etika dan ikut peraturan kewartawanan sementara yang kritik Umno-Bn itu memang tak ada etika langsung bagi Hisahamuddin.
Penulis blog yang sokong Pakatan Rakyat ada juga yang kritik pentadbiran Negeri-Negeri Paktan Rakyat jika ada yang tidak kena atau cakap tak serupa bikin. Kebenaran tak kira sokong Umno-Bn atau Pakatan Rakyat, yang benar-benar jadi penipu kepada rakyat kita kena dedahkan tak kira pihak mana sekalipun.
Media baru yang popular ini tidak dapat disekat kerana ada saja link yang pembaca dapat baca sebab itu Pemimpin umno-bn ketakutan ,gelabah tak ketawan hala takut rahsia busuk mereka dibaca di seluruh dunia. Mereka begitu takut otak rakyat semakin berkembang dengan percambahan media baru ini dan seterusnya lebih bijak dapat menilai yang mana benar atau salah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan