Selasa, 15 Disember 2009

Nizar Pasti Menang, Saya Jamin-Tommy Thomas

Kes Nizar: Jamin menang jika di negara lain, Tommy Thomas

Wong Shu Qi | Dec 14, 2009 09:22:43 pm

"Saya menjamin kepada anda. Seandainya kes-kes negeri Perak ini dibicarakan di mahkamah enam buah negara ini, pihak kami (Nizar Jamaluddin) pasti menang! Saya jamin!"

Krisis perlembagaan Perak lantaran daripada rampasan kuasa telah menjadi perdebatan hangat pakar perlembagaan dan peguam antara kedua-dua pihak. Tommy Thomas (gambar kiri), pihak yang mewakili Pakatan Rakyat ketika berucap dalam satu forum anjuran MerdekaReview, menjelaskan bahawa Malaysia sebagai negara Komanwel yang mengamalkan common law, akan merujuk kepada kes penghakiman di Britain, Kanada, Australia, New Zealand, India, malah Eropah dan Afrika Selatan dalam perundangan.

Dengan penuh yakin Tommy Thomas menjamin kepada hadirin, "Saya menjamin kepada anda. Seandainya kes-kes negeri Perak ini dibicarakan di mahkamah enam buah negara ini (Britain, Kanada, Australia, New Zealand, India dan Eropah), pihak kami (Nizar Jamaluddin) pasti menang! Saya jamin!"

Baca di sini-MerdekaReview

Tiada ulasan:

Catat Ulasan