Bernama melaporkan Bajet 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat yang menang dengan undi tipis akhirnya diluluskan oleh sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kemenangan majoriti tipis dalam undi belah bahagian yang berlaku pada lewat malam Isnin lepas (14 Dis), pastinya menjadi peringatan kepada semua anggota Parlimen BN untuk hadir pada persidangan Dewan Rakyat tanpa mengira masa.
Dalam insiden itu, bacaan kali ketiga Bajet 2010 diluluskan dengan majoriti tiga undi iaitu 66 menyokong daripada anggota Parlimen BN dan 63 membantah daripada anggota Parlimen pembangkang.
Turut mengambil bahagian dalam undian jam 11.15 malam itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bergegas ke Parlimen selepas menghadiri majlis rasmi di ibu kota.
Kejadian itu turut mengundang reaksi Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin yang menegur ketidakhadiran anggota Parlimen kerana implikasinya cukup besar kepada kerajaan.
Menurut beliau, jika kerajaan tewas dalam undi belah bahagian itu, Bajet 2010 tidak akan diluluskan dan ini akan menyebabkan negara tidak mempunyai perbelanjaan pada tahun depan.
Pandikar Amin berkata seandainya perkara itu berlaku, pilihan raya baru juga perlu diadakan.
Selain Bajet 2010, Kementerian Dalam Negeri juga hampir menjadi mangsa pada malam yang sama apabila undi belah bahagian dijalankan untuk meluluskan bajet bagi kementerian berkenaan.
Bagaimanapun, nasib kementerian yang diterajui Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu diselamatkan dengan kelebihan satu undi. Baca di sini
Peluang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk jatuhkan UMNO-BN di Parlimen disia-siakan begitu saja sebaliknya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat memberi alasan macam pekerja kilang yang tidak datang bekerja dengan macam-macam alasan yang dikemukakan kepada majikan.Ingat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat anda sedang diperhatikan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan