Jumaat, 4 Disember 2009

Moga Allah Tak Telungkupkan Bumi Malaysia

Lapor Malaysian Insider

Sisters in Islam (SIS) gesa pihak berkuasa melayan transeksual warga Malaysia, Fatine yang kini berhadapan dilema perundangan dan budaya termasuk kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, dengan perikemanusiaan dan hormat.

Malah Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari juga berhak menerima perlindungan yang sama di bawah undang-undang negara ini, kata Pengurus Program SIS Mas Elati Samani.

“Cik Fatine berhak dilayan dengan perikemanusiaan dan dengan hormat serta mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

“Walau bagaimanapun, hak-hak sebegini jarang-jarang dihormati oleh pihak berkuasa tempatan dan masyarakat umum terhadap masyarakat transeksual,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Lapor lagi Malaysian Insider

Menurut Mas Elati, SIS ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita sejak 1995, Malaysia berkomited untuk menghormati hak kaum wanita.-Malaysian Insider klik

Nak kira apa dengan puak SIS semua boleh demi hak asasi manusia, hak asasi manusia itu kalau menikah dengan lembu, kerbau , babi pun boleh sebab itu hak asasi manusia tapi hak berdasarkan agama, bedasarkan Quran dan Hadis tu yang dipertikaikan. Betina kawin dengan betina pun boleh itu hak asasi manusia jangan dilarang kalau dilarang langgar hak asasi.

Lelaki jadi pondan jadi betina jangan dilarang itu hak asasi, jangan dibantah, jangan ditegur nanti ada yang marah, melenting kata kita ketinggalan zaman, bijak pandai tumpang sekaki , buka Quran cari ayat Tuhan Maha Penyayang, Maha Pengampun demi untuk iakan , galakkan, kembangkan budaya baru jantan kawin dengan jantan sudah diterima masyarakat Melayu.

Jangan dilarang ini takdir Tuhan, Tuhan nak aku jadi macam ni apa boleh aku buat. Anak Melayu jantan jadi hebat kawin jantan orang putih dapat pula pembelaan puak Islam liberal malah yang jadi anti murtad pun turut kesian, tapi tak kesian dengan generasi muda yang melopong biji mata terkejut tak terkata ada orang alim kucing kesian Melayu jantan kawin Orang Putih Jantan. Cari lagi ayat kesian demi jantan Melayu yang kawin jantan orang putih.

Bagi sokongan banyak-banyak biar biak kembang generasi Melayu kawin jantan dengan jantan kerana dunia belum kiamat. Malaysia masih terselamat daripada Gempa Padang yang datang tak kira waktu. Bela jangan tak bela sementara BALA belum sampai.

Kita hanya terkejut dengan doa pecah perut Tok Guru tapi kita tak terkejut dan jadi biasa jantan kawin dengan jantan. Hukum sebat Kartika dilambat-lambatkan permainannya hingga berbula-bulan lamanya tanpa ada kesudahannya..

Moga Allah Tak Telungkupkan Bumi Malaysia

1 ulasan:

  1. "Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Tok Guru Mursyidul 'Am.

    Kah Kah Kah

    Umno pecah hancuk

    BalasPadam