Jumaat, 4 Disember 2009

Isu Royalti- Tok Guru Teruskan Doa Sampai Pecah Perut

Menjawab bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan demonstrasi besar di Kota Bharu.

Perhimpunan yang diadakan di Jalan Dato' Pati dimulakan jam 10 pagi ini, sebaik sahaja selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau sendiri, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Nik Abdul Aziz berkata penafian bayaran royalti itu melanggar keadilan asasi.

"Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS dengan sorak para penyokongnya.-malaysiakini klik

Sementara harakahdaily melaporkan ;

Sehubungan itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) mengadakan solat hajat di hadapan Kaabah di Mekah malam tadi memohon kepada Allah dikekalkan kerajaan PAS Kelantan dan dilembut hati perdana menteri supaya memberi royalti minyak.-harakahdaily klik

Timbalan Presiden Kelab penyokong Pas Kelantan (BBC) Zainuddin Awang Hamat pula menyentuh soal demontrasi Umno yang minta Tok guru letak jawatan berkata;

“Persoalannya di mana pemimpin-pemimpin atasan Umno yang hanya mampu mengguna atau menggadai anak-anak ayamnya yang masih berhingus membuat demonstrasi.

“Kalau betul-betul berani, punya kemantapan dalam ilmu politik, sepatutnya mereka sendiri (pemimpin atasan Umno) tampil kehadapan dengan cara profesional” jelasnya. Zainuddin menambah, tidak salah dari sisi hokum mengenai doa yang disarankan Nik Aziz berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud antara doa yang dimakbulkan ialah doa orang yang dizalimi.

“Maknanya tidak ada larangan bagi orang yang dizalimi itu berdoa di atas kezalimannya. Jadi apakah bukan kezaliman namanya apa yang dilakukan Umno? menafikan hak Kelantan, hak rakyat Kelantan, terutama dalam perkara royalty minyak ini,” soalnya.-malaysian insider klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan