Kerajaan Pas Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.
Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.
"Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak," kata Mursyidul Am Pas itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Sinar Harian online
Harakahdaily pula dalam isu berkaitan melaporkan Tok Guru berkata;
“Sekali nak ajak berdebat, sekali suruh bawa ke mahkamah, mana satu yang dia nak ni? Kacau dibuatnya," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri juga sedang meneliti dari segenap aspek, supaya hak tersebut dapat dikembalikan kepada rakyat negeri itu.
“Kalau nak bawa tuntutan tu ke mahkamah, kita kena ikut peraturan, tak boleh buat sesuka hati sahaja. Cabarannya ni hak mana dia nak? Debat atau mahkamah? Kalau mahkamah bukan sahaja dia yang nak? Kita pun nak, tetapi ada kaedah dia,”ujar Mursyidul Am Pas itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan