Beliau berkata, surat jawapan tersebut telah dihantar ke ibu pejabat PAS Pusat bulan lalu.
"Saya difahamkan Datuk Dr Hassan dan beberapa lagi pemimpin lain dari Selangor yang disiasat sudah beri jawapan.
"Tapi saya sendiri belum tengok lagi dokumen-dokumen itu, saya baru balik daripada menunaikan ibadat haji di Mekah semalam," katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan meneliti dokumen-dokumen berkenaan dalam masa terdekat sebelum membuat apa-apa keputusan untuk tindakan lanjut.
"InsyaAllah kita akan teliti dan segerakan siasatan ini.
"Kita tak nak tangguh lama-lama perkara ini, jika kita dapati ada kes terhadap beliau dan beberapa individu lain yang turut disiasat itu, kita akan panggil mereka... mungkin untuk memberikan penjelasan lanjut," katanya.-mstar online di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan