Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Salam Maal Hijrah 1431H untuk semua pengunjung blog ini yang sudi membaca artikel-artikel yang disiarkan secara berpilih daripda media baru dan blog-blog lain. Semalam seorang Ustaz yang bernama Nik Bakri dalam ceramah Maal Hijrah di Shah Alam telah memetik ayat Quran daripada surah At Taubah ayat 36 yang bermaksud;

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa."-Surah At Taubah ayat 36

Berterimakasihlah kita pada Allah kerana masih hidup dan sihat di tahun baru Hijrah ini. Kata ustaz tu lagi manusia sekarang hadapi krisis keyakinan pada Allah. Tak ada Hijrah Rasul kita tak adalah Islam pada hari ini.Manusia sebelum berlakunya Hijrah Nabi Muhammad SAW hidup dalam keadaan jahilliah. Jahilliah yang dimaksudkan adalah mereka hidup tanpa mengenal Allah.

Mulianya satu satu bangsa itu apabila bangsa itu bergabung dengan Islam , daulatkan Islam jika satu-satu bangsa itu tidak berminat dengan Islam, Allah bagi Islam itu pada bangsa lain untuk muliakan Islam.

Hijrah itu dalah jihad.Jihad paling besar adalah menegak agama Allah. Sesiapa yang tidak mahu kepada jihad jangan bercakap pasal Hijrah.Kepala urusan hidup kamu adalah Islam, Tiang hidup kamu adalah solat dan kemuncak hidup kamu adalah jihad.

Hijrah itu juga pengorbanan termasuk korban harta , diri kita untuk Islam termasuk nyawa.Hijrah itu juga sokongan kepada perjuangan Nabi dan perjuangan Islam.Hijrah Nabi untuk pertahankan Islam, Hijrah Nabi untuk sebarkan Islam dan ketamadunan manusia dengan Islam.

Wallahu a'lam

1 ulasan:

  1. SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA DEMI ISLAM DAN JEMAAH TERCINTA..TAKBIR!!!...ALLAHUAKBAR X3

    BalasPadam