Tun Mahathir walaupun kembali masuk Umno terus menyerang Umno dan pemimpin Umno yang tidak sebulu dengannya. Bila Tun berkata dalam blog beliau
"Tetapi kita sudah tukar. Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran." Baca di sini
Sebenarnya Tun Mahathir kritik PM Najib dan pemimpin Umno yang lain begitu lembab dan takut untuk kritik Amerika Syarikat berbeza semasa beliau jadi PM dulu. Mungkin PM Najib belum dapat hilangkan keseronokkan kerana dapat bercakap dengan Obama yang ucap tahniah semasa baru diangkat jadi PM dulu.Terkinja keseronokkan macam kera dapat bunga kerana dapat bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat. Baca juga Obama hubungi Najib
Tun Mahathir tidak pedulikan orang disekelilingnya termasuk anaknya sendiri dalam menyerang dan kritik Umno sekarang ini. Tun guna taktik menyerang dihujung usia bukan taktik bertahan dan pak turut kepada Umno. Munkin Tun Mahathir akan mati dalam Umno sebagaimana bekas Timbalan Perdana Menteri ,Allahyarham Ghafar Baba tapi mati Tun Mahathir mungkin dilihat sebagai pengkritik Umno paling hebat tak seperti Pak Lah yang lesu dan lembik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan