Rabu, 2 Disember 2009

TGNA Tak Akan LetaK Jawatan Dan Tarik Balik Doa

Perhimpuan oleh penyokong Umno yang tah ada permit atau tidak di Kota Bahru desak Tok Guru Nik Aziz letak jawatan dah pun berakhir ,kabarnya Pas pula akan buat himpunan pertahankan Tok Guru selepas ini.Inilah demokrasi sapa pun boleh berhimpun jangan pihak polis berat sebelah sudahlah.

Kata Tok Guru dalam laporan Bernama , beliau tidak akan letak jawatan hanya semata-mata didesak Umno.Tun Mahathir dulu pun masa berkuasa pernah ada penyokong reformasi suruh beliau berundur daripada jawatan PM. Tun langsung tak hiraukan teriakan rakyat yang suruh beliau berhenti jadi PM.

"Mustahil saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budak-budak nakal, bawah pohon jati di pintu SUK (pejabat pentadbiran negeri Kota Darulnaim," katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada demontrasi oleh satu kumpulan yang mahu beliau berundur kerana gagal memajukan Kelantan.

Tok Guru juga kata beliau tak akan tarik balik doa supaya Umno dan sekutunya lingkup hanya semata-mata didesak beberapa ratus orang.


"Mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno (Najib) selaku orang nombor satu pun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik," katanya.-Bernama klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan