Rabu, 23 Disember 2009

Enjin Jet Hilang:Hanya Umpama Seketul Belacan

Malang sungguh nasib rakyat Malaysia terutamanya rakyat-rakyat miskin di bandar dan di kampung-kampung pendalaman yang memuja Umno sebagai penyambung talian hidup mereka untuk sekampit beras dan sebungkus gula setiap kali menjelang pilihanraya. Mereka memuja Umno-Bn yang pandai menggula-gulakan mereka dengan kebendaan tapi mereka tidak sedar Pemimpin Umno menjadi penyangak dan penyamun harta rakyat sesedap rasa dan ikut suka yang mereka mau.

Terlompat-lompat orang kampung dapat beras,gula, kopi dan barang elektrik pemberian Umno-bn yang nilainya tak seberapa tak semahal enjin jet pesawat pejuang yang hilang dan dijual diluar negara yang bernilai RM50 juta. Tak semahal Tren Buruk yang bernilai RM30 juta yang dibeli oleh Keretapi Tanah Melayu yang dilaporkan membahayakan nyawa pengguna pengangkutan tersebut.

Kenapa kehilangan enjin jet pesawat pejuang itu tidak dimasukkan dalam laporan Audit Negara 2007 dan 2008 seperti yang dinyatakan oleh ahli Parlimen Indera Mahkota , Azan Ismail dalam laporan Sinar Harian mengulas isu enjin jet hilang-jual itu? Lapor Sinar Harian;

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

“Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

“Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.- Sinar Harian Online

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan seperti berikut;

Ketua Audit Negara 2008 yang menyebut Kementerian Sumber Manusia telah menggunakan sebanyak RM30,510 untuk membeli sebuah 'pole platform' bagi sebuah pusat latihan di Miri sedangkan harga pasaran hanya RM990 sahaja.-Utusan Malaysia Online-22-10-2009 di sini

Laporan Ketua Audit Negara boleh dedahkan penyelewengan di Kementerian Sumber Manusia kenapa tidak kepada Kementerian Pertahanan yang pada masa itu PM Najib adalah Menteri Pertahanan (2007)?Jumlah 'kecil' penyelewengan wang rakyat boleh didedahkan tapi libatkan puluhan juta ringgit wang rakyat dan harta negara tidak pula didedahkan. Adakah enjin jet yang hilang hanya seketul belacan Tanjung Dawai yang bernilai RM5 saja?

Berkaitan- Enjin F5E-Pas Mahu Najib Letak Jawatan-harakahdaily klik

3 ulasan:

  1. Ini semua nak tutup hal bini Rosmah punya kerja dlm Kementah. BARU NAK BONGKAR BILA BARANG SUDAH JUAL.Janji SEMUA ELIT DIAM itu kes antantuya tutup dgn C4. KES ANTANTUNYA TAK DAK BAHAN BUKTI BILA BAWA KE MAHKAMAH. SERUPA JE 2 ENJIN DAN KENA CURI DAN TELAH DI JUAL. NAK CARI BAHAN BUKTI KAT MANA NANTI DAN KENA JUAL KAT MAFIA. SAH BUANG KES. SAH AMERIKA TAK KAN BEKALKAN JET LAGI.

    ZulSatibo

    BalasPadam
  2. JANGAN POLITIKAN ISU F-5E, BIAR POLIS TERUSKAN SIASATAN - melayu malaya

    SKANDAL 'kehilangan' 2 enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semakin hangat diperkatakan. Ia menarik perhatian kerana enjin berkenaan berharga RM50 juta sebuah - satu jumlah yang sangat besar.



    KAH KAH KAH…

    woit…. TAK BOLEH POLITIK MACAM MANA?.... kah kah kah…

    woit… INI MEMANG ISU POLITIK…. kah kah kah…

    kah kah kah…INI ISU ROMPAKAN KAPAL TERBANG TENTERA UDARA…kah kah kah..

    woit….. SATU MALAYSIA NAK TAHU…. MAT RAMBO MANA PUNYA KERJA….kah kah kah..

    woit….MAT RAMBO INI... SAPA AJEN DIA…. kah kah kah…

    woit…. JUAL PADA SIAPA?.... kah kah kah..

    kah kah kah... POLIS NAK SIASAT ?.... kah kah kah...

    kah kah kah.... PAU MAT REMPIT BOLEH LAAAA.... kah kah kah..

    woit… SIAPA BUKA KAN PINTU KEM…. kah kah kah..

    woit… KALAU INI BUKAN ISU POLITIK…. INI ISU KEPALA BANA APA?.... kah kah kah…

    nota:
    adalah geng al-maunah yang membukakan pintu kem kah kah kah

    Chok Nyok

    BalasPadam
  3. SEMUA PARA PEMIMPIN MELAYU INSAFLAH DIRI. NAK JADI PEJUANG BANGSA TIRU MACAM SAYYED NASRALLAH.

    Sayyed Hassan Nasrallah, Secretary of Hizbullah recalled that psychological war today has become a science and a competence taught in colleges and universities, bearing in mind that when the Islamic resistance in Lebanon launched its media psychological war throughout all recent years, it did so without any college or university studies in the field. "Its war was based on our innate nature, divine teachings and guidance, which God promised to teach the Mujahideen and guide them to His paths," his eminence said. "It was also due to our constant referral to our faith, beliefs and Al-Quran which teaches us a great deal, sufficiently enabled us to confront the most powerful psychological warfare throughout history. What is taught in universities and colleges often depends on what is written or composed in the most common materialistically based schools."

    BalasPadam