Khamis, 3 Disember 2009

Adik PM Perlu Disiasat

Kalau menantu Tok guru disiasat SPRM bagaimana pula dengan adik PM yang dituduh terbabit dalam isu P.Balasubramaniam?Adakah SPRM akan berdiam diri sedangkan isu pembabitan adik PM sudah diketahui umum. Sikap membisu PM Najib dalam isu ini mungkin akan berjangkit kepada adik beliau diam dan terus diam . Taktik yang berjaya buat sementara waktu.

Lapor malaysiakini;

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik perdana menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.

Aduan berkenaan yang dibuat oleh tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat semalam menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.-malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan