Isnin, 7 Disember 2009

Puteri Umno Pun Mau Pandai Tulis Blog

SUNGAI PETANI, 7 Dis (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO akan menganjurkan kursus penulisan blog untuk semua anggota dan pemimpinnya di semua peringkat bagi memudahkan mereka menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Naib Ketuanya Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anggota pergerakan itu perlu memahirkan diri dalam bidang penulisan blog kerana laman dalam talian internet itu kini menjadi ruang kepada pembangkang untuk membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap UMNO.

"Sebagai persiapan pilihan raya umum akan datang, anggota Puteri UMNO akan dilengkapkan dengan ilmu penulisan berita dan blog bagi menangkis semua fitnah oleh pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 130 anggota Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani mengikuti bengkel sehari penulisan berita dan blog di sini Isnin.-Bernama

Adakah semua penulis blog pro pakatan rakyat atau parti-parti yang melawan Umno dianggap tukang fitnah semata-mata. adakah menulis tentang isu royalti, beli tren buruk RM 30 juta, Agensi kerajaan seperti SUBUR yang jadi alat Umno, salah guna kuasa dalam pemberian kontrak yang perlukan tandatangan Umno Bahagian itu fitnah belaka?

Tun Mahathir pun ahli Umno yang juga jadi penulis dalam blog beliau tapi Tun tulis dalam blog beliau Umno dah busuk sampai ke ususnya, lantik orang tak cerdik jadi ketua cawangan, perebutan kuasa dalam Umno. Adakah Tun Mahathir fitnah Umno dalam blog beliau?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan