Rabu, 9 Disember 2009

Jais Macam Mabuk Kuasa-Khalid Samad

Kata -Khalid Samad dalam blog beliau mengenai Jabatan Agama Islam Selangor;

Melihat tindakan Pengarah JAIS yang seolah-olah mabuk kuasa ini, banyak persoalan yang menjadi tanda tanya:
  1. Sedalam mana ilmu agamanya untuk menempelak Akhil Hayy sebegitu rupa? Bukankah beliau juga hanya berkelulusan ekonomi, seorang pegawai PTD, bekas DO dan pembantu politik kepada Tan Sri Muhammad Taib?
  2. Tidakkah benar bahawa beliau ditarik masuk sebagai Pengarah JAIS pada zaman Khir Toyo dengan tujuan menyekat gerakan dakwah yang sedang giat berkembang di Surau dan Masjid di seluruh Negeri Selangor pada ketika itu yang turut menghasilkan pertambahan sokongan bagi PAS di dalam PRU yang lalu?
  3. Tidakkah benar bahawa beliau juga yang bertindak tegas menguncikan Surau Seksyen 8 selama 8 bulan sehingga ahli Qariyah terpaksa ke Seksyen 11, 6 dan 4 untuk kegiatan keagamaan mereka? Ini dilakukan semata-mata kerana lanjutan dari Ahli Qariyah yang ingin AJK Surau dipilih oleh mereka sendiri. Adakah tindakan seperti ini demi mengukuhkan pegangan ummat Islam kepada agama Islam atau hanya sekadar demi kepentingan politik UMNO?
  4. Tidakkah beliau ingin melihat usaha dakwah berkembang dan tersebar luas, mampu menarik sebanyak mungkin rakyat dari setiap lapisan masyarakat? Tidakkah beliau sedar bahawa orang seperti Akhil Hayy mampu menarik perhatian pemuda pemudi yang tidak tertarik kepada pendekatan ustaz-ustaz yang lain?
  5. Tidakkah beliau sedar bahawa kerja dakwah ini wajib ke atas setiap Muslim? Walaupun dakwah ini perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing namun ianya perlu diusahakan. Tidakkah beliau sedar bahawa tindakan beliau menyekat usaha dakwah? Adakah itu sahaja kepakaran beliau? Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan