Khamis, 3 Disember 2009

Nama Hamid Albar Dikaitkan Dengan Kes Perbicaraan

Seorang saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa bekas ketuanya itu telah meluluskan visa pekerja bagi hampir 3,000 warga Bangladesh dalam tempoh dua bulan.

Bekas Pengarah Bahagian Pekerja Asing, Datuk Abdul Rahman Othman, 51, berkata semua rekod kelulusan itu diperoleh menerusi satu sistem khas dan hanya Wahid serta Menteri Dalam Negeri (ketika itu Tan Sri Syed Hamid Albar) sahaja yang mempunyai kata laluan untuk meluluskan permohonan.

Abdul Rahman, yang kini menggantikan Wahid sebagai Ketua Pengarah Imigresen, turut memberitahu bahawa ketika itu beliau bertanggungjawab menyediakan surat kelulusan visa dengan rujukan (VDR) yang dipohon dan ia dikeluarkan selepas Wahid memberi kelulusan.


Pada 19 Ogos tahun lalu, Wahid, 57, didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai 2008. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi. Berita Harian online di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan