Khamis, 3 Disember 2009

Lagi Kes Altantuya


Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Dis 3 — Pengarah Sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Zaidi Ahmad berharap kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pendedahan terbaru penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, yang hilang selepas membuat akuan bersumpah kedua berkaitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Gesaan itu disarankan sebagai tambahan kepada syor agar pihak polis juga perlu memulakan siasatan menyeluruh berhubung pendedahan tersebut.

Sehubungan itu kata beliau, pendedahan terbaru Balasubramaniam ini adalah serius dan mencetuskan banyak tanda soal dalam kes Altantuya.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disebutkan dalam rakaman temu bual Balasubrmaniam harus membuat penjelasan kepada rakyat umum.

Oleh itu tambah beliau rata-rata rakyat Pahang yang ditemuinya ingin melihat penjelasan daripada Najib sendiri, yang berasal dari negeri itu.

Katanya lagi, selain penjelasan Najib sendiri, PKR Pahang juga mahu sebuah suruhanjaya siasatan diraja diadakan untuk meneliti dakwaan terbaru Balasubramaniam.

"Harapan kami, pihak yang benar-benar terlibat dengan semua ini akan dapat dibawa ke muka pengadilan," kata beliau di sini.

Portal-portal berita sejak dua minggu lalu menyiarkan siri hasil temua bual dengan Balasubramaniam di luar negara.

Temu ramah yang diadakan di Singapura ini turut dihadiri oleh peguam Manjeet Singh Dhillon dan Amarjeet Singh.

Dalam temu bual itu, antara perkara yang didedahkan oleh Balasubramaniam adalah tentang penglibatan adik Najib, Datuk Nazim yang mengugut beliau dan memaksanya menandatangani akuan bersumpah kedua, penglibatan Deepak yang dikatakan kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor dan pendedahan bagaimana terhasilnya akuan bersumpah kedua serta ke mana Balasubramaniam selepas itu.

Balasubramaniam juga mendakwa ketika berada di Bangkok, beliau telah didatangi oleh pegawai polis Cawangan Khas Malaysia, ASP Muniandy untuk merekodkan kenyataannya.

Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan