Rasa lega sikit bila timbul isu doa Tok Guru MB Kelantan nak doa bagi pemimpin Umno dan pemimpin-sekutu-sekutunya pecah perut sebab ketegaq (degil) nak makan sorang-sorang duit hasil minyak Kelantan.
Kalau tidak isu sebelumnya terus jadi gendang dipalu media duduk kedai kopi minum terus bangkit tak tahan telinga mendengarnya.Bab doa lawan kezaliman Umno terhadap pemerintah Kelantan dan rakyat Kelantan berjaya naikkan semangat orang Pas untuk bersatu melawan Umno atas nama kezaliman kerana belot dalam perjanjian royalti minyak.
Sejak minyak dalam perairan laut Kelantan digali dah berapa bilion Umno-bn telan tanpa satu sen pun Kerajaan Negeri dapat adakah itu tidak zalim namanya.Bini kita tinggal 3 bulan berturut-turut tanpa bagi nafkah zahir batin ,bini boleh minta cerai, inikan pula dah bertahun Umno sapu duit minyak Kelantan nak kira lagu mana?
Lagi satu kakitangan Petronas yang makan gaji dengan syarikat Kerajaan tu tak rasa apa-apa ka waktu dapat duit tiap-tiap bulan yang sudah tentu lumayan gajinya maklumlah syarikat minyak meniaga tak pernah rugi. Kamu tak tengokkah, tak ingatkah pada rakyat yang menderita sabung nyawa lawan banjir, rumah tenggelam dan hilang mata pencarian di Kelantan.
Ke laut tak boleh gelombang besar, ke kebun nak toreh getah pokok basah, apa yang mereka mampu lakukan untuk sesuap nasi?Hasil yang kamu dapat tu bersihkah kalau makan harta yang bukan hak kamu?
Kerajaan Negeri Kelantan minta dibayar royalti seperti dalam perjanjian dengan Petronas tapi yang akan dibayar ialah Wang Ehsan pada tahun hadapan. Masa tak bayar Wang Ehsan Umno-bn yang dapat , bila Wang Ehsan nak diberi Umno juga yang dapat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP). Kenyang pemimpin Umno.
Umno Kelantan yang berdemo suruh Tok guru letak jawatan kerana doa nak bagi Umno mampuih patut ingat, hang pa semua pun tak akan rasa Wang Ehsan yang kenyang hanya pemimpin Umno Kelantan yang akan kembungkan tembolok mereka dengan wang tersebut.
salam.. saya sokong dengan ketegasan TGNA dalam mengasak supaya royalti dikembalikan kepada negeri Kelantan.. cuma Kelantan sahaja yang bersuara lantang berbanding dengan Terengganu sebelum ni semasa pemerintahan PAS... Apapun kita semua tidak perlu menoleh kebelakang lagi..
BalasPadamcuma satu sahaja yang saya tidak sokong dengan kenyataan diatas dimana warga kerja petronas.. Mereka menjalankan amanah saja.. bukan ada kuasa pun untuk menuntut hak.. jangan berpandangan sempit.. marahkan nyamuk kealmbu dibakar... apa kata bakar saja nyamuk.. tak perlu bakar kelambu... marahkan sahaja pemimpin yang salah bukan pekerja bawahan... itu pandangan saya.. lagipun kebanyakan warga petronas pun tak menyokong kerajaan Malaysia ini.sekian